Ini sambungan dari entry aku tentang rumah lelong. Jika belum baca lagi boleh klik sini.
Lepas menang rumah lelong apa yang perlu buat? Senang saja..perlu langsaikan baki duit yang kita menang lelong untuk rumah lelong tue.
Sebelum itu, suka aku ingatkan bahawa ini adalah perkongsian dari newbie dalam bidang pelaburan rumah lelong. Hanya sekadar perkongsian bagi yang benar2 zero tentang rumah lelong.
Ada dua cara yang biasa digunakan :
1. Bayar secara tunai ( kalau banyak cash kat tangan takde masalah )
Dalam kes aku, aku buat loan dengan bank. Sebab takde cash yang begitu banyak. Kebiasaannya, 120 hari diberikan untuk pemenang rumah lelong melangsaikan baki duit kepada bank pelelong. Jadi, lepas menang lelong jangan duduk rilek dan buat tak tahu je. Masa berjalan. Jika tidak dapat langsaikan dalam tempoh diberikan, deposit yang dibayar untuk membida akan hangus. RUGI WOOO...Jika tidak cukup masa, boleh bincang dengan pihak bank. Tetapi penalti akan dikenakan. (Duit lagi keluar)
Ok...straight to the point. Dapat je MOS ( Memorandum of Sale) terus pegi apply dengan bank2 yg berdekatan dengan rumah yang kita menang. Sbb bank ada rekod Market Value yang terdahulu. MARKET VALUE ini sangatlah penting. Nanti saya cerita di entry lain.
Kalau boleh submit pada beberapa bank. Sebab kita nak compare offer yang diberi. Pilih yang terbaik.
So, hari ini dah dapat LO ( Letter Offer ). Ingatkan boleh bawak balik, sebab nak baca details agreement loan. Rupa-rupanya tak boleh. So, aku hold dulu. Tunggu offer dari bank yang lain. Sebab offer yang diberi tidak memuaskan. Maaf, aku tak boleh citer details offer diberi. PnC.
Kena ingat!!! Loan yang diberi hanya 90% sahaja dari market value atau dari harga rumah jika lebih rendah compare MV. Kalau over MV kena tambah cash sendiri...Keluar DUIT LAGI!!!
Contoh :
Reserve Price : 80 k
Deposit : 10% = 8k
Bid Price : 100 k
Baki Kena bayar : 92k
So, kalau tak nak kena keluar cash sendiri cari la bank yang dapat bagi loan berjumlah 92K ye..
90% = 92K
100% = 102k @ 103 k
So MV mestilah dalam lingkungan 110K ke atas ye.
Senang kan formula nya.
Harap dapat bagi LAMPU SULUH sikit bagi korang yang BLURR lagi pasal pembiayaan rumah lelong ye.
# Kadang-kadang harga rumah bawah 100K bank susah nak bagi loan ye.
# Kalau ada nak kongsi pasal loan rumah lelong boleh share di ruang komen yer...