Showing posts with label JOM SUKAN. Show all posts
Showing posts with label JOM SUKAN. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Minuman yang paling nyaman lepas bersukan

Apa minuman yang paling best bagi korang lepas bersukan? air isotonik? air mineral? air masak?Mesti kebanyakkan yang ingin bertenaga kembali minum air isotonik seperti :

a) 100 plus
b) revive
c) gatorade

Pilihan aku? GATORADE...kenapa? sebab rasanya kurang bergas..rasa seperti korang minum cecair glucose saje...memang bley hilangkan dahaga dan kembalikan tenaga...

Sekadar gambar hiasan


Aku bukan nak promote GATORADE....tapi just nak share kenikmatan minum GATORADE lepas main futsal...fuhhh..nyaman...

P/S : Tetapi tidak digalakkan selalu minum ketika tidak melakukan aktiviti fizikal yer...nak lagi bagus..minum je air masak/tapis (hai-o) dari rumah..murah dan bagus..hehehe..:)

Marilah bersukan

Bape kali korang bersukan @ bersenam dalam seminggu? sekali? 2 kali? 3 kali?

Klau nak kekal cergas sepanjang minggu korang kena bersukan 3 kali seminggu...mesti bdan yang lesu akibat kerja yang bertimbun akan rasa senang...sebab badan cergas..otak pun cerdas..tak gitu..

jadi disini aku menyeru pada semua agar rajin2 lah bersukan untuk mengekalkan kecergasan badan anda...

P/S : Seminggu main 3 kali futsal...baru fit..

Wednesday, April 27, 2011

Main Bola ke Main Orang

Sekadar gambar hiasan dari En. Google

Ok...sapa yang aktif bermain bola...pernah tak anda mengasari pihak lawan tanpa niat ketika bermain? maksudnye anda secara tidak sengaja men"tackle" pihak lawan...

Lpas tue pihak lawan mula "Naik angin" dengan tindakan anda dan bergerak ke arah anda dengan aura membunuh yang kuat serta keinginan yang membuak-buak untuk menumbuk anda seperti punching bag...pernah? pernah? klau pernah apa yang anda selalu buat?

Nie ada sikit panduan untuk anda hadapai situasi tersebut:

1) Buat muka tenang sambil meminta maaf dengan ikhlas dan bersalam tangan sebelum penumbuk sampai ke muka korang yang hensem/cantik tue...

2) Klau tak jalan, buat muka ketat dan jika perlu berbalah mulut..pastikan anda tenang dan katakan..."klau main memang biasa la body contact"...

3) Klau badan korang besar bleyla cakap balik "kenapa? sakit ke? nak tambah lagi ke" hehehehe...tapi yang nie tak digalakkan la...

P/S : Main secara FIFA...Fair PLAY....sportmanship tue yang penting..klau kena tackle skit tue buat2 tak tau je la....hehehe..klau ada referee pihak lawan kne la kad..

Tuesday, April 12, 2011

Frenzy Futsal Seksyen 15 Shah Alam

Main entrance

Credit to Frenzy Futsal

Hello dan selamat pagi semua ...

Entry kali nie aku nak share pasal court futsal yang aku selalu pergi...antara salah satunya adalah Frenzy Futsal Seksen 15 Shah Alam.

Tepat jam 9.00 mlm perlawanan persahabatan antara team aku dengan team company lama aku dimulakan...

Perlawanan agak sengit dimana kedua-dua belah team membalas gol...

Tapi malangnya takde plak pencatat gol..hehhe..klau tak mesti team aku yang menang ( perasan )

Tujuan sebenar adalah untuk bersukan dan kuarkan peluh..seminggu sekali jadik la kan..

So, tanpa membuang masa..korang ble view capture yang aku amik semasa di Frenzy Futsal Shah Alam..

Kaunter tempahan...klau korang nak tempah boleh call @ terus pg ke kaunter yer..no tel? tgk dlam pic..

Team aku..dah macam pemain Malaysia la plak..jersi away..

Setelah selesai menumpaskan pihak lawan..hehhe..

Pihak lawan..credit tue Bebudak SMT..thanks guys for the great game.

Dah bersukan mesti dahagakan? So..kat situ ada jual air...

Tengok!!! Banyak betol peluh yang keluar terpaksa diganti balik dengan air..hehehe...

Klau nak lagi semangat bawakla penyokong tok sokong Team anda yer...
Nie bukan penyokong team aku..nie penyokong team lawan..

Bebudak SMT : Jangan mare yer pinjam penyokong korang jap..hehehe

P/S : Walaupun sibuk sangat bekerja, jangan lupa bersukan sekali seminggu pun jadi la..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...