Wednesday, January 1, 2014

Boleh Beli Barang Secara Tunai Di Courts Mammoth


Balik kerja singgah beli surat khabar. Balik rumah, rehat-rehat minum air bacalah surat khabar. Tengok perkembangan terkini. Sambutan tahun baru. Demonstrasi di Dataran Merdeka, Konsert dibatalkan.

Belek lagi. Berhenti pada helaian ini. Tawaran Istimewa Cuti Tahun Baru. Tawaran satu hari sahaja. Terus teruja sebab nampak handphone GALAXY NOTE 3 lepas diskaun harga jadi RM 1150. Siapa tak nak kan? Harga asal situ RM 2299. Ini barang baik. Harga pun baik. Aku guna, aku pun jadi baik kot. Hehehe..

Kalau dah harga macam tu, baik aku beli tunai terus. Tapi boleh ke beli tunai di situ? Tanda tanya mula bermain dalam fikiran.

Jadi, seperti biasa google dulu. Cari tentang courts mammoth. Lepas itu jumpa la beberapa blog bagi review. Terus tak jadi ambil. Bukan percaya cakap orang, tapi ada benarnya komen mereka.

Korang macam mana? Ambil atau tidak?

Kalau sesiapa ada pengalaman mungkin boleh kongsi.



Handphone canggih-canggih sekarang. Tak tahan godaan..

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...