Ramai yang membeli no pin di BSN untuk memohon KPLI ( Kurusu Perguruan Lepasan Ijazah). Bukan hanya kerana minat tetapi juga adalah sebab pekerjaan yang terjamin masa depan. So, untuk post yang pertama aku ingin berkongsi rentetan kisah macam mana hendak memohon KPLI ini. Mesti ramai yang tertanya-tanya susahkan untuk mendapat KPLI.
Sebenarnya semuanya bergantung kepada apa kelebihan kita ditambah dengan rezeki dan juga izin Allah s.w.t. Ok, tanpa membuang masa dibawah adalah langkah2 yang perlu untuk memohon KPLI.
1) Iklan akan dikeluarkan di laman web http://www.moe.gov.my/ dan korang juga mesti peka dengan iklan yang akan dikeluarkan oleh KPM di akhbar. Kebiasaanya pengambilan akan dilakukan 2 kali setahun iaitu Pengambilan Januari dan Jun.
2) Beli no pin di BSN dan buat permohonan secara online.
3) Calon yang layak akan dipanggil menerusi laman web @ sms.
4) M-Test - calon yang layak akan dipanggil untuk menduduki m-test. Justeru itu calon yang dipanggil haruslah bersiap sedia dari segala aspek iaitu pengetahuan dan juga pemikiran. Kerana ia adalah kriteria di dalam m-test nnt.
5) Interview - calon yang melepasi M-test akan dipanggil untuk ditemuduga di IPG2 tertentu dan aku rasa bergantung pada alamat rumah yang diisi semasa permohonan
6) Kemasukan ke IPG untuk KPLI - Jika korang dah melepasi tahap ini bermskudnya anda telah layak untuk mengikuti KPLI.
Aku rasa itu saja yang dapat dikongsi disini. Tunggu pada post yang akan datang aku akan kongsi pengalaman dari satu tahap ke tahap anda layak untuk mendapat tawaran KPLI.
Thanks for read....chiaooww...