Sunday, December 29, 2013

Panduan Membeli Motorsikal Berkuasa Tinggi

Dah lama aku nak kongsi panduan nie tapi sibuk je memanjang. Motorsikal berkuasa tinggi maksudnya 250cc ke atas. Dimana korang kena amik lesen atau tambah kelas dalam lesen memandu korang dari kelas B2 ke B Full @ B. Pandauan ini secara umum tidak kira korang mahu memiliki Kawasaki Z800, Yamaha R1, Honda CBR dan lain-lain.


Jadi di bawah ini adalah serba sedikit pengalaman aku nak kongsi dengan korang semua panduan membeli motorsikal berkuasa tinggi. Semua lelaki teringin untuk memiliki tetapi bukan semua mampu. Tapi mana tau dengan perkongsian ini korang boleh buat pengiraan samada korang mampu atau tidak.

Ada beberapa panduan atau persediaan yang perlu untuk memiliki kuda ini.

  1. Lesen memandu  - Lesen B Full diperlukan untuk menunggang secara sah di jalan raya di Malaysia. Kos untuk lesen dianggarkan dalam RM 400 - RM 600 bergantung pada negeri dan tempat. Jika berkumpulan mungkin lagi murah. Aku punya kena RM 650. Dari renew Lesen L hingga siapnya B Full.
  2. Pemilihan Motorsikal - Banyak jenama, banyak jenis dan banyak CC. So, korang kena buat pilihan paling tepat sebab sekali beli jangan menyesal dah. Nanti beli CC rendah sibuk nak upgrade yang CC tinggi. Angkat jenama nie tak best plak sbb tak sepower jenama tue. So, korang kena cari dulu maklumat. Apa kelebihan, kekurangan. Tapi kalau dah minat dan berduit jangan fikir banyak angkat je. Nak bunyi sedap angkat 4 silinder. Nak harga murah angkat 2 silinder. Kalau ada kawan2 yang dah beli boleh test ride. Kalau takde korg pg je test kat kedai. Kaki sampai tak. Larat tak nak angkat motor. Sifir nie pun senang makin tinggi CC makin tinggi harga. 
  3. Pemilihan kedai menjual motorsikal - Lain kedai lain tawarannya. Jadi bab ini korang kena survey dulu sama juga klau nak beli kereta. Tapi yang pastinya harga OTR (On the road) lebih kurang yang beza hanyalah FREE GIFT. So, korang kenala survey dulu ye. Jangan tertumpu pada satu kedai sahaja sebab dah tak tahan nak guna so korang book terus alih2 motor tue takde stok. Jadi berjanggut bertandukla korang tunggu. Baru paham maksud penantian satu penyiksaan. Sebab aku dah kena. Book ER6N tunggu sampai sebulan lebih last2 cancel amik kat kedai lain dan motor lain..hehehe.
  4. Kaedah Belian - Kredit ( Hutang ) atau Tunai. Kalau korang mahu membeli secara bayaran ansuran, kena tengok komitmen yang lain juga. Jangan kerana motor maggee jadi santapan harian. So, pilih buat pengiraan betul2. Sifir mudah je. Downpayment tinggi monthly rendah. Dan kebiasaannya AEON Credit yang selalu jadi pemiutang. Kita pun boleh berhutang dengan kedai tapi biasanya downpayment tinggi dan interest pun tinggi. Bank pun boleh tapi tak banyak macam kita beli kereta. Yang terbaru tak silap aku Bank Muamalat. Cuba korang search ye...Tunai paling senang sebab apa? Bayar terus bawak balik motor..hehehe...tapi tempoh menunggu pun ada klau dah bayar tunai. Paling kurang 3 hari sebab nak buat urusan dengan PUSPAKOM dan JPJ.
  5. Maintainance - Setiap benda ada kos penyelenggaran atau maintainance nya. Sama juga motorsikal berkuasa tinggi. Isu ini yang selalu menjadi tanya tanya. Mampu ke aku nak maintain tetiap bulan. bagi aku pendapat newbie nie...mampu tapi ikut pada penggunaan korang. Selalu konvoi, ride, wheelie banyakla nak diselenggara. Tapi klau buat pegi kije je..ok je. Cuma bila servis tue paling kurang RM100 - RM300 la...hehehe..maintainance macam biasa minyak hitam, filter, plug.
  6. Accessories - Bila dah ada motorsikal dan orang lain pun ada mesti teringin nak tambah kecantikan dan kuasa kuda masing2 kan. Ha..yang ini tepuk poket baru beli ye. Tapi ada bahagian safety memang kena tambah seperti slider, engine guard (naked bike), damper, windshield dan lock dan lain2. Paling cepat pembeli tukar ialah ekzos. Mana best guna standard mesti nak yang letup2..Ok..kos paling kurang..kena prepare RM 3+++.
  7. Join Kelab - Ini aku tambah sikit sebab ini tak wajib. Sebab kalau korang nak lone ranger pun no hal. Tapi kalau korang join kelab ilmu bertambah kawan pun bertambah. Boleh berguru dengan otai2 dalam group tue. Boleh berkonvoi dan buat kerja amal.
  8. Roadtax & Insurans - Yang ini selalu terlepas pandang. Sebab apa? Sebab setahun sekali. Jangan dilupa, roadtax aku pun dah RM350 campur insurans paling kurang RM 1+++..hehhe...jangan takut. Buat la simpanan. Kan kita digalakkan menyimpan barula boleh beli benda mahal2..hehehe..

Aku bukanlah biker yang otai. Cuma nak share pengalaman. Jadi anggaran yang diberi itu mungkin berubah-ubah. Semoga entry aku nie berguna untuk yang nak berjinak-jinak dalam dunia motorsikal berkuasa tinggi

Bikers are brotherhood


Baru lepas basuh..hehehe

SHAKLEE, my first impression

Entry yang ini bersambungan dari RnD aku untuk SHAKLEE umumnya...hmmm...reaksi aku...GOOD!!!...I Feel Healthier and Lighter...dan harganya juga tak mahal sangat...

So...aku decide untuk masuk ahli terus. Sebab apa? sebab aku selesa dengan produk ini. Di bawah ni aku nak kongsi ngan korang pengalaman aku first time nak kenal apa itu shaklee.

  • Aku kenal SHAKLEE ni dari wife aku. Dia yang suruh aku cuba produk slimming SHAKLEE. Yela dah nampak kebahagiaan suaminya selepas berkahwin. Dimana semuanya dah ke depan. Pemikiran ke depan, Kewangan ke depan dan perut pun ke depan. Dia mintak aku makan Lecithin dan Herb-Lax. Dia belanja aku telan je la.So bila nak dekat sebulan cuba badan makin ringan berat badan pun ada turun 2 kg. Kalau buang air pun lawas je.
  • So, aku cari maklumat kat internet. Yang paling ketara memang ramai org dok jual di FB. So aku whatapps sorang agen. Cakap nak beli set slimming. Bincang punya bincang aku amik set slimming pastu terus jadi ahli. RM65 untuk jadi ahli. Tapi harga ahli dan harga runcit jauh beza jugak.
  • So, dari wife suruh cuba terus jadi ahli dan jadi pengedar sah SHAKLEE. Produk yang aku beli ialah Lecithin (untuk bakar lemak) dan Alfalfa ( untuk buang toksik) untuk slimming.
  • Bila balik kampung cerita pasal SHAKLEE pada kawan2 memang tak ble handle sebab diorang gelakkan aku. Sebab membe lama dan lama tak jumpa, aku biarkan je. Takpe yang nak sihat aku dan tujuan aku nak share. Tapi bila cerita dengan mama dan abah aku, mereka kata nak cuba. OK.
  • Bila balik rumah semula cerita pula pada kawan-kawan tempat kerja terus diorang minat nak beli sebab dah tau pasal produk ni cuma tak tau nak beli kat mana. 
  • Alhamdulillah sampai sekarang ada sahaja customer yang order. Dari kawan-kawan dan dari customer yang jadi kawan.

Order pertama dari customer

Order kedua dari customer

Dah siap bungkus. Tinggal nak pos je

Jadi kepada pembaca sekalian yang tercari-cari testimoni ikhlas pengguna dan pengedar sah SHAKLEE, aku rasa inilah kan?...

So, siapa-siapa yang rasa nak cuba atau nak tau lebih lanjut tentang produk SHAKLEE bolehlah pm aku ye.

SID : 1082889    Mohd Izzad Amir
Contact :  SMS/WhatsApp : 0129845485

Tuesday, November 26, 2013

Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

Assalamualaikum w.b.t. Segala pujian bagi Allah s.w.t......

Pergh!!!!...lama benor tak mengarang dalam nih...ada dekat 2 tahun dah...semua dah ada...sawang..tikus...lipas ( kalau tinggal umah lelamakan?)

Papepun i`m back....

Many things happened...aku yang dulu bukan yang sekarang...hidup aku je..aku still sama...masih insan biasa yang mencari keredhaan ilahi...cewahhh...

Ntah followers aku ni ada lg ke tidak..tak kisah la asalkan dapat share ngan korang semua apa yang ada di benak fikiran nie...

Post kali ni pun dah macam tajuk lagu dah...aku yang dulu bukan yang sekarang..macam2 dah update...sama macam android...dah boleh update android KIT KAT...

Tegar penyanyi cilik dari indonesia...berubah 100% kehidupannya. Dari bermain gitar menghiburkan orang di jalanan terus popular dan lagunya meniti di bibir kita semua. Ok!!! mari nyanyi sama2...1..2..3..Nyanyi....


Banyak yang aku nak share skang tapi one by one k...

Terkini!!! aku nak share tentang SHAKLEE....apa itu SHAKLEE? tengah rancak aku tengok di FB sekarang. Semua update pasal kebaikan produk SHAKLEE nih...yang aku tau...yang utama produk ini berasaskan semulajadi..tiada penggunaan bahan kimia dalam penghasilan produk...

Aku dah cuba gak...wife hadiahkan..set apa? Set slim...hehehe...

So, sekarang aku ada projek baru dengan SHAKLEE nie...aku nak buat RnD dulu...nnt aku share ngan awak-awak semua yer...

Wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...