Friday, January 3, 2014

Hutan Bandar Johor Bahru




Semalam pergi sarapan di Hutan Bandar Johor Bahru. Terletak berdekatan dengan SMK Aminuddin Baki dan SMK Sultan Ismail. Ini tempat wajib perg bagi sesiapa yang mengunjungi Bandar Johor Bahru.

Kenapa ia dipanggil Hutan Bandar sebab lokasinya di tengah bandar Johor Bahru. Bagi pengunjung yang ingin merasai keindahan alam di tengah bandar, inilah tempatnya.

Gambar di atas adalah kawasan rekreasi diman korang boleh jogging, mandi kolam di tingkat atas dan memberi ikan yang besar-besar makan. Bagi peminat ikan korang boleh menjamu mata melihat ikan koi, emas dan macam-macam lagi. Tapi makanan ikan kena belila..RM2 je.




Suka tengok anak aku teruja memberi ikan makan. Tempat ini juga bersebelahan food court dimana korang boleh menjamu selera sebelum mengeluarkan peluh berjalan-jalan mengelilingi taman rekreasi ini. Makanannya juga pelbagai. Ada lontong kering, lontong basah, roti canai, kuih muih, soto dan macam-macam lagi.

Jadi, bila korang datang Johor Bahru jangan lupa singgah tempat ini ye..

Thursday, January 2, 2014

Stress dan Ikan




Sebelum keluar pergi sarapan pada hari cuti pertama utk tahun 2014, aku nak cerita sikit apa kaitan stress dan ikan.
Stress berlaku kita berada dalam keadaan yang tertekan, tidak selesa dan banyak berfikit benda yang negatif. Boleh jadi pada semua orang. Dari orang tua, remaja da juga bayi tau. Bayi akan tertekan bila lapar sebab itu dia nangis.

Ok. Ikan pula adalah seekor haiwan yang hidup dalam air. 

Perkaitan ikan dan stress ialah ikan dapat memberi terapi pada seseorang bila dalam keadaan STRESS. Sebab apa? bila melihat kebebasan ikan berenang di dalam akuarium (walaupun terperangkap dalam akuarium). Warna sisik yang pelbagai dapat menenangkan jiwa.

Jadi, aku pun dah mula beli sebuah akuarium. Saiz akuarium seperti dalam gambar. Biasalah bila baru nak berjinak-jinak dalam dunia pembelaan ikan hiasan ini banyak kena tahu. Suhu air, makanan ikan, jenis ikan boleh campur atau tidak. Itu nanti aku kongsikan pada entry yang lain.

Balik kerja penat-penat. Buat segelas air teh o panas menghadap akuarium pastu baca surat khabar. Fuhh...nikmat betul.

Kalau korang hebat cuba teka ikan apa yang aku bela ini.


Wednesday, January 1, 2014

Boleh Beli Barang Secara Tunai Di Courts Mammoth


Balik kerja singgah beli surat khabar. Balik rumah, rehat-rehat minum air bacalah surat khabar. Tengok perkembangan terkini. Sambutan tahun baru. Demonstrasi di Dataran Merdeka, Konsert dibatalkan.

Belek lagi. Berhenti pada helaian ini. Tawaran Istimewa Cuti Tahun Baru. Tawaran satu hari sahaja. Terus teruja sebab nampak handphone GALAXY NOTE 3 lepas diskaun harga jadi RM 1150. Siapa tak nak kan? Harga asal situ RM 2299. Ini barang baik. Harga pun baik. Aku guna, aku pun jadi baik kot. Hehehe..

Kalau dah harga macam tu, baik aku beli tunai terus. Tapi boleh ke beli tunai di situ? Tanda tanya mula bermain dalam fikiran.

Jadi, seperti biasa google dulu. Cari tentang courts mammoth. Lepas itu jumpa la beberapa blog bagi review. Terus tak jadi ambil. Bukan percaya cakap orang, tapi ada benarnya komen mereka.

Korang macam mana? Ambil atau tidak?

Kalau sesiapa ada pengalaman mungkin boleh kongsi.



Handphone canggih-canggih sekarang. Tak tahan godaan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...