Saturday, February 19, 2011

Kenapa kita semua guru?




Assalamualaikum w.b.t,

Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa kita semua guru? (klau takde pun aku cakap jugakla).....Mengikut definisi kamus dewan, guru bermaksud orang yang kerjanya mengajar, pengajar,pendidik. Dapat kita tafsirkan disini bahawa guru bukan hanya kerjanya di dalam kelas semasa sesi P&P sahaja bahkan dalam segala hal.

Ibu yang mengajar anak kecil dari merangkak kepada bertatih dan seterusnya berjalan juga sebenarnya adalah guru. Orang yang mengajar ilmu persilatan, pertahanan diri, memasak, bermain bola juga boleh dikatakan sebagai guru.

Konteks guru adalah luas, seluas lautan yang terbentang. Tetapi tidak pernah berubah apabila dilanda ombak kerana semangat dan keikhlasan untuk membentuk, mendidik dan memberi motivasi kepada anak didik. Tetapi kita selalu kena ingat bahawa ilmu yang diperturunkan hendaklah betul dan tidak terpesong dari norma-norma kehidupan.

Jadi kepada guru yang diluar sana, samada di sekolah kerajaan, swasta mahupun persendirian didiklah anak didik kamu dengan keikhlasan. Sematkan di dalam hati bahawa ilmu yang diperturunkan untuk kegunaan dan kebaikan bersama. Seperti riwayat Rasulullah s.a.w, tuntutlah ilmu sehingga ke negeri Cina. Guru menuntut ilmu untuk mengajar segala gus belajar untuk mengajar.

Di sini juga saya ingin berkongsi kepada rakan-rakan diluar sana yang memerlukan lagu guru Malaysia untuk kegunaan di kemudian hari. Sekian.



Lagu Guru Malaysia


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji

Tunai tetap kami tunaikan


Lagu & Lirik : Hashim Ahmad


Link download lagu Guru Malaysia : http://www.mediafire.com/file/fqje4c5nh3tueon/gurumalaysia.mp3


Link download lagu minus one Guru Malaysia :

http://www.mediafire.com/file/edvw4drm702f514/guru_malaysia_minusone.mp3





1 komen:

farah said...

apakah perbezaan antara mendidik dan mengajar???? adakah guru hanya sekadar satu kerjaya????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...