Wednesday, March 30, 2011

Skill Komunikasi




Assalamualaikum w.b.t...

Komunikasi adalah salah satu aspek yang penting dalam kehidupan individu. Kenapa ia sangat penting? sebab dengan komunikasi kita dapat sampaikan maklumat...membeli barang...mengajar serta belajar dan banyak lagi...korang berkomunikasi untuk ape?

Tapi dalam kita sedar dan tidak sedar bahawa komunikasi ini ada caranya. Kenapa perlu cara yang betul?

Menang-Menang...Sape nak kalahkan?

Sebab....untuk mendapatkan win-win situation. Kenapa aku cakap win-win situation? sebab kita tidak mahu win-lose @ lose-win kerana ia akan membuatkan sebelah pihak tidak berpuas hati..Yang paling penting..setiap individu adalah unik..

Jadi aku nak berkongsi sikit ape yang aku tahu dari pengalaman aku..

Bos - pekerja :
Pernah dengar "bos mesti nak betul je" ...ada tak? Realiti memang macam tue jadi sebagai pekerja kita mesti bijak berkomunikasi dengan bos. Jangan sesekali menentang pendapat bos..TERIMA dan ULAS balik idea kita dengan bijak tanpa menampakkan penentangan.

Kawan dengan kawan
Dalam situasi ini pernah ada orang cakap..ko je nak betul...amikla..ko memang semua betul..takde yang salah...jadi dalam berkawan kita mesti memahami hati budi masing2..jangan sebab dah terlalu rapat sampai kita mengabaikan perasaan kawan tanpa mengambil kira pendapatnya..

Ibu bapa dan anak
Bagi peluang kepada anak-anak untuk bersuara..kemungkinan idea mereka tanpa kita sedari amat bernas..anak2 zaman sekarang kan dah advance..semua dah bawak hp ke sekolah...Anak2 pulak jangan asyik menentang ibu bapa sebab mereka yang penat lelah membesarkan kita.

Suami-isteri
Berbincanglah jika ada masalah.Jangan terus bercakap kasar.Jangan anggap kita sebagai suami kitalah yang berkuasa. Salah satu pihak mesti mengalah jika tidak mahu keadaan menjadi lebih teruk..Buang EGO masing2.

Lagi? korang tambah sendiri yer dalam komen...


Bersalam lah anda.

Ok..tapi kita sebagai manusia tidak lari dalam melakukan kesilapan...ada yang terlepas cakap..aku sendiri pun ada terlepas cakap..jadi cepat2 lah hulurkan tangan bersalaman dan ucapkan maaf yang ikhlas dari hati..sekeras-keras mana pun hati manusia jika menerima sesuatu yang ikhlas (minta maaf) akan terbuka lah hatinya...orang yang memaafi orang lain lebih baik dari yang meminta maaf...

P/S : Skang nie kan dah banyak medium...gune je sms, mms, email, facebook @ seangakatan dengannya untuk minta maaf...

Disini juga aku ingin memohon sepuluh jari jika ada melakukan kesalahan tidak kira sama ada aku sedar @ pun tidak. Aku hanyalah insan yang biasa. MINTA MAAF...I'M SORRY...Harap semua dapat maafkan saya..




Sunday, March 27, 2011

2 pompuan Afrika

Situasi : Dalam bas dari KL ke Segamat

Afrika women : %^&*&(^&%$%&&&&^% ( dalam bahasa Afrika + English )
Aku : Arghhh...(terjaga dari tidor)
Afrika women : &%^%$#@(@Y& ( still borak dengan kuat )
Aku : Can you lower your voice please? ( dengan lembut)
Afrika women : Tunjukkan tangan "stop" kat aku tanda paham.

Diam seketika

Afrika women : ^%**%^& ( sambung borak dan gelak dengan kuat )
Aku : Di0rang nie tak paham bahasa agaknya ( dalam hati sambil patah-patahkan jari tok tunjukkan tanda amaran)

Afrika women still borak ngan kuat. Aku tukar seat ke depan sebab malas dah nak marah2

Sampai di Segamat

Afrika women cepat2 pg ke depan nak trun dari bas dengan muka gelabah.

Afrika women : Where are we know ?
Driver : Segamat. Why?
Afrika women : Huh!!! We should be at Malacca. OMG!!! ( terus turun mencari teksi tok pg
Malacca )
Aku : HAHAHAH...(gelak dalam hati )

Moral of the story : Please respect others if you want to be respected...dalam BM...hormati orang lain bila menaiki pengangkutan awam...

P/S : kalau diorang senyap bila aku tegur tue maybe aku tergerak hati gak nak tolong...

Friday, March 25, 2011

FB Like button kena letak macam nie...

OK..nie first time aku kongsi tutorial tok edit2 blog korang..nie pun aku belajar dan cari2 pada blog2 orang lain...jangan risau.aku akan nyatakan sumber dari mana...

Camner nak letak FB like button pada bawah post anda?

aku share link je la ngan korang yer...nanti korang belajar kat situ..



P/S : Nanti aku dah tahu pasal coding..aku kongsi ngan korang yer..hope korang dapat manfaat yer...adios...

Solat Jumaat Tak ?

Punch card dlu...( gambar hiasan)

Assalamualaikum w.b.t kepada semua...

Kebiasaan kat negara kita ada sekolah sesi pagi dan petang...tapi kat sni aku nak cite skit klau pasal sekolah sesi petang klau hari jumaat...

Hari selain jumaat ( Isnin - Khamis ) start skolah pukul 12.40. Kalau jumaat pun sama tapi start P&P pukul 2.10 p.m....Sampai2 je punch kad dlu...takde punch kad tulis dalam buku asalkan ada rekod kehadiran kan?

Citenyer...
Jadi kadang2 tue aku tgk ada bebudak nie, yang darjah 3 terutamanya tak pg solat jumaat sebab parents hantar awal lagi ke sekolah...Bila fikir...takpe diorang kecil lagi..tapi pk punye pk...tengok2 punye tgk...rasa something jugakla..sebab apa?

Sebab masa dari kecil la kite kena bentuk bebudak tok pg solat jumaat...lagi satu dapat latih diorg solat berjemaah..Selalu jugak aku ajak2 diorang pg solat skali...tapi naik moto jer..nak bawak reramai tak ble plak...

Masa solat tue jangan bersembang yer adik-adik : )
( sumber : upin ipin les copaque)

So, aku ada terfikir jugak apakata pada hari jumaat,
sekolah sesi petang dimulakan pada 2.30 ptg...

Lagi satu apakata hari persekolahan ditukar dari Isnin-Jumaat kepada Ahad-Khamis...iye dok?

Ini hanyalah cebisan dan cetusan fikiran aku saja....klau ble jadi realiti alangkah bagusnya...

P/S : Yang besar jangan tak pg pulak solat jumaat yer...ingat..solat tiang agama....

Wednesday, March 23, 2011

JOM KONGSI : Buli @ Buli Balik ???


Mangsa dikejar pemangsa...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Mesti korang akan ingat aku pelik kenapa aku letak gambar harimau memburu rusa? Apa kaitannya dengan buli kan?

Ok...mengikut hukum alam yang mana kuat dan berkuasa dialah yang akan hidup dan yang lemah akan mati dan dimakan. Tapi adakah kita sebagai manusia sama dengan mereka?

Jawapan : Tidak sama sekali sebab kita mempunyai undang-undang yang mesti dipatuhi yang melindungi sesiapa yang teraniaya.

Sini aku nak share ngan korang pasal kes buli.

Buli? memang best..sape yang tak best buli orang kan? sebab ape best? sebab kita rasa seronok kerana mangsa buli tidak melawan dan kita rasa kitalah kuat, kitalah juara. Semua mata melihat akan kehebatan kita.

Sebagai guru di sekolah apa peranan kita bila berhadapan dengan situasi buli ini? Kekadang tue sebagai guru kita terlepas pandang akan kes-kes buli kecil seperti mengetuk kotak pensil ke kepala kawan, merampas tempat duduk kawan, mengetawakan murid yang lemah. Ada korang ambil perhatian benda2 macam nie?

Mangsa buli boleh menjadi murung jika tidak diatasi lebih awal ( gambar contoh)


Jangan nanti, korang sebagai guru terkejut satu hari nanti ada murid2 korang walaupun masih sekolah rendah sudah mahu bunuh diri sebab tekanan dibuli. Kita sebagai guru, tidak kira di sekolah atau di institusi pendidikan harus peka akan keadaan ini.

Apa yang korang boleh buat?

Bagi aku...kekadang tue cara dan kaedah kita mendidik disalah anggap membuli..jadi sebagi guru kita hendaklah sentiasa berhati-hati.

Apa yang aku rasa, Tuhan itu Maha Adil. Hidup bagaikan roda. kekadang kita berada diatas..adakala dibawah. Ingat!!! Jika anda pembuli...anda mungkin akan dibuli pada kemudian hari...


Tuesday, March 22, 2011

JOM KONGSI : Petua hilangkan bau kambing

Mbeekkkk!!!!

Assalamualaikum w.b.t to all...

Cuti sekolah aritue aku balik kampung. Aku tau korang semua pun balik kampung kan? Apa nak kecoh..tapi kat sni aku nak kongsi skit tips dari nenek saudara aku MACAM MANA NAK HILANGKAN BAU KAMBING semasa memasak gulai kambing.

Sebelum itu aku nak story skit...gulai kambing tue dibuat bersempena kenduri doa selamat nenek aku sebab dia bernazar. Jadi aku sebagai tenaga kerja sukarela mengacau gulai kambing untuk santapan para jemaah solat hajat dan juga jemputan. Bukan sekejap nak lembutkan daging kambing nie kekawan. Kena banyak bersabar dan ikhlaskan hati sebab kita masak untuk tetamu.

Kije jadi senang bile dibuat bersama-sama. Thanks to my wife kerana menolong sekali..Ok aku dah melalut panjang.

Ini adalah petua nenek saudara aku, terpulang pada korang nak terima macam mana. Ketika mengacau gulai kambing itu, pak sedara ku telah memasukkan SEBOTOL BUDU ke dalam gulai kambing yang dikacau oleh aku.

Rasenyer? memang sedap dan ada umpphhh....

P/S : Amaran...sape ada darah tinggi kurangkan makan kambing..hehehe...

Inilah hasilnya...hehhe...sedap...

Tuesday, March 8, 2011

JOM KONGSI : Motivasi ke Motibasi ???

Dalam Jom Kongsi ini, aku ingin kongsikan tentang motivasi. Kalau korang diminta untuk memberi motivasi, apakah yang akan korang akan buat?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat : Motivasi adalah keinginan yg keras atau semangat yg kuat pd diri seseorang yg mendorongnya utk berusaha atau melakukan sesuatu dgn tujuan utk mencapai kejayaan.

So, aku aktifkan pemikiran diorang dengan bertanyakkan apa kemahuan mereka. Bila aku dah dapat tahu apa keinginan murid, aku terus memberi kata-kata semangat dan dorongan. Mereka perlu disuntik dengan sesuatu yang segar dan realia (bawak bukti kejayaan seperti result, sijil atau seumpanya) semasa sesi motivasi.

Memberi motivasi adalah sama dengan sesi P&P, dimana korang kena sediakan rancangan @ plan untuk bercakap. Jika terlalu blur, korang boleh kongsikan pengalaman dan kejayaan korang. Ceritakan bagaimana korang dapat sampai ke tahap sekarang. Murid memang berminat untuk mendengarnya. Tetapi pastikan korang selitkan unsur humor dalam percakapan.

Pembabitan murid di dalam sesi motivasi. Seperti juga dalam sesi P&P, kita digalakkan untuk membuat student centered. Kenapa? sebab nak elakkan murid bosan @ tertidur dan buat bising.

Akhir sekali, selitkan kata2 hikmah yang akan buatkan murid ingat sesi motivasi yang diberi. Contohnya, Bukan susah nak susah, Bukan senang nak senang.

Ingat!!!...jadikan sesi motivasi anda bermakna, jangan hanya omong-omong kosong. Pastikan tercapai motivasi anda jangan sampai jadi Motibasi.

p/s : Kalau boleh pasang lagu yang sesuai untuk penutup ( Faizal Tahir : Gemuruh )


Rakan guru : Azizul sedang memberi motivasi


Perlu memotivasikan diri sebelum memotivasikan orang lain. : )




Saturday, March 5, 2011

JOM JALAN : TBS-Terminal Bersatu Selatan

Hello semua...apa khabar? harap semua sihat di samping keluarga. Post aku kali nie dibuat dari Kg. isteri aku di Segamat. So, kali ni aku nak kongsi perjalanan aku dari Pantai Dalam ke Terminal Bersatu Selatan atau di TBS.

Korang semua boleh tengok gambar di bawah yang aku capture sepanjang perjalanan aku ke TBS.

p/s : buat pengetahuan semua, TBS adalah untuk perjalanan ke Selatan tanah air sahaja.



Dari KL sentral ke Stesen Bandar Tasik Selatan (tiket RM1.00)


Pastikan anda berada pada platform menghala ke Seremban


Sampai ke Bandar Tasik Selatan lebih kurang 10 minit


Pemandangan dari jejantas menghala ke TBS. TBS hanya bertentangan dengan stesen Bandar Tasik Selatan.


Parking motor


Pintu masuk


Paparan terkini ketibaan dan perlepasan bas ( macam airport kan)


Kaunter belian tiket ( sangat teratur )


Tempat menunggu bas Transnasional


Hope you guys will get a picture how is the TBS...untill next time guys..see ya...

p/s : jangan lupa komen yer...


























Friday, March 4, 2011

JOM MAKAN : Pantai Dalam


Burpp..itulah yang dapat dikeluarkan dari mulut aku apabila telah kenyang melantak
Nasi Kerabu di Kg. Pantai Dalam...

Ok..perut pun kenyang so nak rekomen kat korang tempat yang aku baru pergi makan tadi..tempatnya di kawasan Kg. Pantai Dalam. Memang banyak kedai makan kat situ. Lagi2 sape yang seleranya pantai timur ... kedai Nasi Kerabu yang aku makan tadi berhadapan dengan restoran Gulai Kawah di Kg Pantai Dalam. Payah gak nak cari kedai2 masakan pantai timur nie tapi Kg. Pantai Dalam memang banyak sebab banyak orang pantai timur dok kat situ.



Nasi kerabu....terliur tak : )


Suke layan bola screen besar?

Kat situ memang banyak port..aku tak ble nak specify mane satu kedai sebab banyak kedai ada pasang screen besar...Nnt ada masa aku amik gambaq dan aku post dalam nie k..

Ape2 hal pun sesape yang dok area Bangsar, Pantai hill Park, yang dok kat Vista Angkasa dan Asrama Puteri depan Ipba atau UM bleyla try usha2 kedai makan kat Kg. Pantai Dalam k...

ok...kat sni aku bagi direction die....

1) Klau korang dari Bangsar @ Asrama Puteri bley ikut NPE ( New Pantai Expressway) macam jalan pantai kat terengganu la plak..hehehe...

2) Sebelum sampai tol korang akan nampak susur ke kiri ada signboard tertulis Kg. pantai Dalam...

OK...selamat Jalan2 Isi Perut yer rakan2...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...