Wednesday, March 23, 2011

JOM KONGSI : Buli @ Buli Balik ???


Mangsa dikejar pemangsa...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Mesti korang akan ingat aku pelik kenapa aku letak gambar harimau memburu rusa? Apa kaitannya dengan buli kan?

Ok...mengikut hukum alam yang mana kuat dan berkuasa dialah yang akan hidup dan yang lemah akan mati dan dimakan. Tapi adakah kita sebagai manusia sama dengan mereka?

Jawapan : Tidak sama sekali sebab kita mempunyai undang-undang yang mesti dipatuhi yang melindungi sesiapa yang teraniaya.

Sini aku nak share ngan korang pasal kes buli.

Buli? memang best..sape yang tak best buli orang kan? sebab ape best? sebab kita rasa seronok kerana mangsa buli tidak melawan dan kita rasa kitalah kuat, kitalah juara. Semua mata melihat akan kehebatan kita.

Sebagai guru di sekolah apa peranan kita bila berhadapan dengan situasi buli ini? Kekadang tue sebagai guru kita terlepas pandang akan kes-kes buli kecil seperti mengetuk kotak pensil ke kepala kawan, merampas tempat duduk kawan, mengetawakan murid yang lemah. Ada korang ambil perhatian benda2 macam nie?

Mangsa buli boleh menjadi murung jika tidak diatasi lebih awal ( gambar contoh)


Jangan nanti, korang sebagai guru terkejut satu hari nanti ada murid2 korang walaupun masih sekolah rendah sudah mahu bunuh diri sebab tekanan dibuli. Kita sebagai guru, tidak kira di sekolah atau di institusi pendidikan harus peka akan keadaan ini.

Apa yang korang boleh buat?

Bagi aku...kekadang tue cara dan kaedah kita mendidik disalah anggap membuli..jadi sebagi guru kita hendaklah sentiasa berhati-hati.

Apa yang aku rasa, Tuhan itu Maha Adil. Hidup bagaikan roda. kekadang kita berada diatas..adakala dibawah. Ingat!!! Jika anda pembuli...anda mungkin akan dibuli pada kemudian hari...


6 komen:

Cikgu Abah said...

patut ko letak gambar rusa kejar harimau...

izzad said...

Nape plak?

finaz said...

rusa kejor rimau= pembuli dibuli blk....

izzad said...

hehehe..korang nie...cube tgk gambar budak pompuan tue...tak kesian ke? ape korang nak buat ?

finaz said...

aku translate jea pe si fazil tue mksdkan(kalo btol la)..kes buli ssh seyh mau handle...buli kecil-kecilan ne mmg npk kicik tp lm2 ley wat bdk stress gak..2 lg trok bg aku....

izzad said...

btol..jgan sampai budak tue pendam je...nnt sampai besar luaran nampak normal...tapi dalaman ada "benda" dalam diri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...