Apa yang korang paham tentang integriti? Amanah? Jujur? lagi apa?
Apa yg aku paham integriti ini adalah sikap individu dan perwatakan yang dibawa dari segi :
1) Amanah
2) Bertanggung jawab
3) Jujur
4) Komited
5) Semua sikap baik
Tapi persoalannya disini sejauh manakah integriti anda semasa melakukan tugas...penat kerajaan buat kempen integriti dalam bentuk iklan dalam tv, seminar di IPT, IPG dan macam2 lagi...tapi bagi diri anda sendiri macam mana?
Adakah anda melakukan tugas dengan penuh integriti apabila tugas yang sepatutnya anda lakukan anda buat dengan sambil lewa...seterusnya menyusahkan pihak lain...
Situasi :
Anda menerima dokumen yang penting penentu masa depan pihak lain dan dalam masa yang sama anda menghilangkan dokumen tersebut dengan membuat alasan hilang atau sepatutnya pihak itu menghantar dokumen itu pada orang lain tetapi anda tidak memberitahu dengan lebih awal kerana anda membuat sambil lewa sehingga pada akhirnya pihak tersebut bertanyakkan tentang perkara tersebut mulalah anda memberi pelbagai alasan..come on la..that is your job..do it with integrity...
P/S : Memang terdapat sesetengah orang melakukan perbuatan ini sehingga melibatkan masa depan orang lain...coba pikir sikit pasal pihak lain...
2 komen:
i share your disappointment jak.. seperti kata makcik yg dibagitahu oleh maknya yg memberitahunya bahasanya setiap sen gajinya adalah untuk yang berintegriti..
@zulkifley : yup..integriti nie mendalam maksudnyer...
Post a Comment