Sunday, December 29, 2013

Panduan Membeli Motorsikal Berkuasa Tinggi

Dah lama aku nak kongsi panduan nie tapi sibuk je memanjang. Motorsikal berkuasa tinggi maksudnya 250cc ke atas. Dimana korang kena amik lesen atau tambah kelas dalam lesen memandu korang dari kelas B2 ke B Full @ B. Pandauan ini secara umum tidak kira korang mahu memiliki Kawasaki Z800, Yamaha R1, Honda CBR dan lain-lain.


Jadi di bawah ini adalah serba sedikit pengalaman aku nak kongsi dengan korang semua panduan membeli motorsikal berkuasa tinggi. Semua lelaki teringin untuk memiliki tetapi bukan semua mampu. Tapi mana tau dengan perkongsian ini korang boleh buat pengiraan samada korang mampu atau tidak.

Ada beberapa panduan atau persediaan yang perlu untuk memiliki kuda ini.

  1. Lesen memandu  - Lesen B Full diperlukan untuk menunggang secara sah di jalan raya di Malaysia. Kos untuk lesen dianggarkan dalam RM 400 - RM 600 bergantung pada negeri dan tempat. Jika berkumpulan mungkin lagi murah. Aku punya kena RM 650. Dari renew Lesen L hingga siapnya B Full.
  2. Pemilihan Motorsikal - Banyak jenama, banyak jenis dan banyak CC. So, korang kena buat pilihan paling tepat sebab sekali beli jangan menyesal dah. Nanti beli CC rendah sibuk nak upgrade yang CC tinggi. Angkat jenama nie tak best plak sbb tak sepower jenama tue. So, korang kena cari dulu maklumat. Apa kelebihan, kekurangan. Tapi kalau dah minat dan berduit jangan fikir banyak angkat je. Nak bunyi sedap angkat 4 silinder. Nak harga murah angkat 2 silinder. Kalau ada kawan2 yang dah beli boleh test ride. Kalau takde korg pg je test kat kedai. Kaki sampai tak. Larat tak nak angkat motor. Sifir nie pun senang makin tinggi CC makin tinggi harga. 
  3. Pemilihan kedai menjual motorsikal - Lain kedai lain tawarannya. Jadi bab ini korang kena survey dulu sama juga klau nak beli kereta. Tapi yang pastinya harga OTR (On the road) lebih kurang yang beza hanyalah FREE GIFT. So, korang kenala survey dulu ye. Jangan tertumpu pada satu kedai sahaja sebab dah tak tahan nak guna so korang book terus alih2 motor tue takde stok. Jadi berjanggut bertandukla korang tunggu. Baru paham maksud penantian satu penyiksaan. Sebab aku dah kena. Book ER6N tunggu sampai sebulan lebih last2 cancel amik kat kedai lain dan motor lain..hehehe.
  4. Kaedah Belian - Kredit ( Hutang ) atau Tunai. Kalau korang mahu membeli secara bayaran ansuran, kena tengok komitmen yang lain juga. Jangan kerana motor maggee jadi santapan harian. So, pilih buat pengiraan betul2. Sifir mudah je. Downpayment tinggi monthly rendah. Dan kebiasaannya AEON Credit yang selalu jadi pemiutang. Kita pun boleh berhutang dengan kedai tapi biasanya downpayment tinggi dan interest pun tinggi. Bank pun boleh tapi tak banyak macam kita beli kereta. Yang terbaru tak silap aku Bank Muamalat. Cuba korang search ye...Tunai paling senang sebab apa? Bayar terus bawak balik motor..hehehe...tapi tempoh menunggu pun ada klau dah bayar tunai. Paling kurang 3 hari sebab nak buat urusan dengan PUSPAKOM dan JPJ.
  5. Maintainance - Setiap benda ada kos penyelenggaran atau maintainance nya. Sama juga motorsikal berkuasa tinggi. Isu ini yang selalu menjadi tanya tanya. Mampu ke aku nak maintain tetiap bulan. bagi aku pendapat newbie nie...mampu tapi ikut pada penggunaan korang. Selalu konvoi, ride, wheelie banyakla nak diselenggara. Tapi klau buat pegi kije je..ok je. Cuma bila servis tue paling kurang RM100 - RM300 la...hehehe..maintainance macam biasa minyak hitam, filter, plug.
  6. Accessories - Bila dah ada motorsikal dan orang lain pun ada mesti teringin nak tambah kecantikan dan kuasa kuda masing2 kan. Ha..yang ini tepuk poket baru beli ye. Tapi ada bahagian safety memang kena tambah seperti slider, engine guard (naked bike), damper, windshield dan lock dan lain2. Paling cepat pembeli tukar ialah ekzos. Mana best guna standard mesti nak yang letup2..Ok..kos paling kurang..kena prepare RM 3+++.
  7. Join Kelab - Ini aku tambah sikit sebab ini tak wajib. Sebab kalau korang nak lone ranger pun no hal. Tapi kalau korang join kelab ilmu bertambah kawan pun bertambah. Boleh berguru dengan otai2 dalam group tue. Boleh berkonvoi dan buat kerja amal.
  8. Roadtax & Insurans - Yang ini selalu terlepas pandang. Sebab apa? Sebab setahun sekali. Jangan dilupa, roadtax aku pun dah RM350 campur insurans paling kurang RM 1+++..hehhe...jangan takut. Buat la simpanan. Kan kita digalakkan menyimpan barula boleh beli benda mahal2..hehehe..

Aku bukanlah biker yang otai. Cuma nak share pengalaman. Jadi anggaran yang diberi itu mungkin berubah-ubah. Semoga entry aku nie berguna untuk yang nak berjinak-jinak dalam dunia motorsikal berkuasa tinggi

Bikers are brotherhood


Baru lepas basuh..hehehe

3 komen:

SILENCE TRAVELER said...

Salam bro..tumpang tanya..baru nak berjinak dunia ni...kalu DP 10-14k...bulan2 biasa berapa..kalau z800 tu around 37-39k...nak bajet ni...huhu

SILENCE TRAVELER said...

Salam bro..tumpang tanya..baru nak berjinak dunia ni...kalu DP 10-14k...bulan2 biasa berapa..kalau z800 tu around 37-39k...nak bajet ni...huhu

Unknown said...

aku minat motor tp hsbn kurang.. masalahnya aku kecik.. so kene ada yg tukang ride.. tp xpe.. usaha memujuk sdang berjlan lancar.. USAHA TANGGA KEJAYAAN. hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...