Wednesday, April 2, 2014

Rumah Lelong Part 1 : Pengalaman Membeli Rumah Lelong ¬ MENANG

Salam semua pembaca blog kitasemuaguru. Dah lama rasanya tak update blog nie. Sebab sbuk dengan lelong. Lelong apa? bukan lelong orang macam cerita p.ramlee 3 abdul tau. Ini rumah lelong punya cerita.

Alhamdulillah. Pada tarikh 2 April 2014, akhirnya aku menang pembidaan untuk sebuah rumah lelong di kawasan tebrau, johor bahru. Setelah beberapa kali mencuba membida untuk beberapa buah rumah, akhirnya percubaan kali ke3 membuahkan hasil.

Walaupun aku hanya menunggu keputusan lelong tersebut ketika waktu bekerja, masih terasa debarannya. Sebab waktu membida bermula seawal jam 8.30 pagi dan mungkin habis lewat tengah hari, jadi aku gunakan khidmat ejen lelong. Betul la apa yang diceritakan di blog2 yang berkongsi pengalaman membeli rumah lelong. Perasaan tu sama macam nak amik result spm atau menunggu kelahiran anak. Sebab apa aku cakap macam menunggu kelahiran anak? Sebab ini adalah langkah pertama aku untuk menceburi pelaburan hartanah.

Tentang pelaburan hartanah ni memang banyak untuk dkongsi, tapi aku akan ceritakan kemudian ye.

Rumah apa yang aku menang lelong ni?
- rumah kos rendah 2 tingkat, 2 bilik 1 bilik air.
- rumah masih dalam keadaan baik, cuma perlu dibaiki dan diubahsuai mungkin dengan kos yang sedikit.
-harga dibawah market value walaupun terpaksa bertarung membida dengan 13 orang pembida. ( Panas kawasan ni)
-reserve price 55k aku menang ???? siapa nak tahu sila pm aku yer...

Bila dah menang ni rasa sangat2 gembira dan bersyukur sebab ni kemenangan kali pertama sejak aku mula berjinak-jinak dalam dunia lelong pada bulan februari 2014.

So, apa aku nak buat dengan rumah ni? Ada 2 target aku untuk rumah ni
1. sewa dan dapatkan passive income ( nnt aku ceritakan apa itu passive income )
2. jual ( subsale) bila nak dapatkan modal pusingan untuk masuk lelong seterusnya.

Banyak lagi aku nak kongsi sebenarnya tentang rumah lelong ni. sebab aku pun dulu macam korang2 yang tak pernah tahu apa tu ruma lelong. Jadi aku buat pelaburan dan kajian. Beli buku, googling, tanya orang dan masuk forum.

Langkah seterusnya aku kena buat sekarang apply loan rumah secepat mungkin dalam masa 120 hari. Lepas dapat nnt aku kongsi pulak dengan korang ye.


Nantikan.....

p/s : ini perkongsian pengalaman dari beginner pelabur rumah lelong. Kalau ada apa2 cadangan atau pendapat korang bolehlah komen dibawah ye.

3 komen:

Mohd Firdause said...

Tahniah pokjaj

YUSLI MUSTAFFA said...

Tahniah
saya pun baru nak belajar
dari bp
tuan jb area mana
siapa ejen

vvv said...

menang 2 april 2014.


Mudah x urusan pertukaran nama tu sume ?
Kira-kira amik masa brapa lama untuk akak/tuan selesaikan ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...