Friday, January 3, 2014

Hutan Bandar Johor Bahru




Semalam pergi sarapan di Hutan Bandar Johor Bahru. Terletak berdekatan dengan SMK Aminuddin Baki dan SMK Sultan Ismail. Ini tempat wajib perg bagi sesiapa yang mengunjungi Bandar Johor Bahru.

Kenapa ia dipanggil Hutan Bandar sebab lokasinya di tengah bandar Johor Bahru. Bagi pengunjung yang ingin merasai keindahan alam di tengah bandar, inilah tempatnya.

Gambar di atas adalah kawasan rekreasi diman korang boleh jogging, mandi kolam di tingkat atas dan memberi ikan yang besar-besar makan. Bagi peminat ikan korang boleh menjamu mata melihat ikan koi, emas dan macam-macam lagi. Tapi makanan ikan kena belila..RM2 je.




Suka tengok anak aku teruja memberi ikan makan. Tempat ini juga bersebelahan food court dimana korang boleh menjamu selera sebelum mengeluarkan peluh berjalan-jalan mengelilingi taman rekreasi ini. Makanannya juga pelbagai. Ada lontong kering, lontong basah, roti canai, kuih muih, soto dan macam-macam lagi.

Jadi, bila korang datang Johor Bahru jangan lupa singgah tempat ini ye..

1 komen:

Fazil Hamid said...

lame doh tak gi sini...
dulu boleh kata setiap minggu gi hutan bandar ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...