Friday, February 18, 2011

JOM KONGSI : BINA INSAN GURU

Assalamualaikum w.b.t ,

Seperti tajuk post kali ini, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman tentang Bina Insan Guru ( BIG ).
BIG adalah satu keperluan pelajar KPLI untuk hadiri dan hayati dimana ia mengajar bakal-bakal guru akan kepentingan ketahanan mental dan juga fizikal tidak kira semasa pendidikan formal (P&P) ataupun pendidikan informal ( pelajaran di luar bilik darjah ).

Berkampung di Pusat Penyelidikan Marin, UPM di Port Dickson selama 4 hari 3 malam ( jika salah sila betulkan..dah lupe). Bakal guru didedakan dengan beberapa aktiviti seperti :
1) Aktiviti Air - teknik-teknik yang betul untuk mengapungkan diri, berenang dan
berkayak ( ini yang best).
2) LDP dan ceramah - Ciri-ciri seorang guru yang diperlukan, cabaran dan rintangan yang akan ditempuhi oleh bakal guru.
3) Jungle Trekking - Berjalan dalam kumpulan dan menghargai keindahan alam, penggunaan
kompas, diajar tentang jenis-jenis tumbuhan.
4) Persembahan dan malam penutup - Setiap kumpulan mempersembahkan 1 persembahan
untuk malam tersebut dan makan malam yang sangat menyelerakan ( sebab dah nak abiskan..sebab tue jadi sedap)

Ok, kebiasaanya BIG ini dijalankan selepas selesai minggu orientasi dan 1 @ 2 minggu selepas mulanya sesi pembelajaran.

Persediaan :
1) Baju t-shirt berkolar dan tidak berkolar secukupnya
2) Seluar slack
3) Peralatan mandi
4) Baju sukan
5) Kasut air ( kasut adidas kampung )
6) Sedikit makanan untuk alas perut ( roti @ coklat bar )
7) Pakaian solat untuk muslim dan muslimah

Pesanan : Jika anda akan sertai BIG tidak lama lagi, jangan cemas dan risau kerana kesemua aktiviti yang dilakukan cukup bermakna dan menyeronokkan. Rasa macam dah jadi budak2 balik sebab dapat berkhemah dan borak2 reramai. Janganlah anda terlalu memikirkan bila nak abis BIG sebab anda mungkin tidak akan merasai keistimewaannya ( kejelekitan ). Berseronoklah untuk tempoh tersebut dan sedar tak sedar anda dah dapat melalui semuanya.Hayati dan hargai apa yang anda ada sekarang sebelum anda merasai kerugian selepas semuanya berakhir.

Sekian.






5 komen:

finaz said...

tambah lagi gambo ye..hehe

hem said...

nak jugak gambo byk2... lg2 yg ade our face... hehehe

izzad said...

korg berdua nie mesti visual learners nie..nak gambo jer...

finaz said...

haha..baru taw ke??plus kinesthetic ye..

farah said...

hehehe...same like u students degree in education...we also had BIG...but it was only done in mid sem holiday during last year studies. Gud luck teacher izzad amir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...