Thursday, February 24, 2011

JOM KONGSI : Hujan? Rahmat dan dugaan




Assalamualikum w.b.t

Hujan adalah salah satu kejadian alam yang diturunkan oleh Allah s.w.t untuk menyuburkan bumi dan juga untuk mengingatkan hambaNYA. Jika tiada hujan tidak segar dan membesarlah tumbuh-tumbuhan. Tetapi, jika hujan ini berlaku semasa sesi P&P anda dan seterusnya membanjiri sekolah anda apakah yang anda akan lakukan?

Pada 24/2/2011, Khamis, pukul 2.40 petang hujan turun dengan renyai dan kemudian dengan tiba-tiba menjadi lebat seterusnya diikuti dengan guruh dan kilat. Tumpuan para pelajar terganggu dan suara guru ditengelami dengan bunyi hujan. Lama kelamaan, hujan menjadi semakin lebat dan paras air menaik seterusnya membanjiri kelas. Apakah yang anda akan buat?

Memang menjadi satu pengalaman yang sukar dilupakan. Kebiasaanya aku hanya mendengar atau membaca di akhbar bahawa banjir berlaku disana-sini. Tetapi ini berlaku ketika sesi P&P aku. Memang cukup mencabar dan mencemaskan. Murid-murid kelihatan riang tanpa mengenal bahaya. Jadi akulah sebagai guru menentukan segalanya.

Jangan kita perkecilkan akan kebolehan alam. Aku terus pindahkan murid-murid di dalam kelas ke dewan kerana air tidak naik disitu. Keadaan memang menjadi gamat sebentar. Dengan gelagat dan telatah anak-anak kecil yang teruja untuk bermain air tanpa mengenal erti bahaya air yang dibawa mungkin membawa sekali penyakit "kencing tikus".

Disini aku pamerkan keadaan ketika kejadian itu berlaku.











Jadi? apa yang anda akan buat?

6 komen:

finaz said...

skola banjir??uikss..

Anonymous said...

best..best

Cikgu Abah said...

sape ckp sekolah bandar x de cabaran...banjir kilat lg...P&P berjalan lancar...

izzad said...

Tq all for the comments...ape yg anda akan buat jikalau keadaan ini berlaku pad anda?

amie said...

buat mcm pokjak lah. buat decision untuk kebaikan budak-budak. kalau x tau nak buat ape pun tanye cikgu-cikgu kt situ.

izzad said...

thank hem for the comments...hope who are the teacher know how to act on the emergency conditions...sekarang kita tak ble nak predict the wheather...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...