Sunday, June 12, 2011

Guru perlu ada ilmu psikologi

Assalamualaikum w.b.t

Hari nie nak ulas skit pasal laporan berita dalam Harian Metro. Berkenaan dengan guru perlu ada ilmu psikologi...klau nak baca klik je link tue..

Memang patut dan wajib bagi seorang guru mempunyai ilmu psikologi sebab guru berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar. Setiap pelajar adalah unik, sikap yg tersendiri dan perlu ada cara yg sesuai untuk membentuk sahsiah dan peribadi pelajar...

Bahkan ketika di IPG dan U lagi guru2 dwajibkan mengambil subjek IPD (ilmu Pendidikan) dimana salah satu komponen adalah psikologi....jadi perkara ini bukanlah baru....cuma penerapan yg tidak konsisten dan penggunaan psikologi yg tidak sesuai kadang kala digunakan...

Guru harus mempunyai pelbagai kebolehan bukan sekadar mengajar di kelas tetapi memberi bimbingan yg berterusan...tetapi betul apa yg dikatakan bahawa zaman kini terlalu banyak "pantang larang" menyebabkan usaha guru terbantut.

Aku tertarik dengan quote "bayangkan jika guru pun boleh terasa dan melenting jika ditegur, apatah lagi pelajar yg masih muda dan teraba-raba mencari arah"...guru juga manusia biasa..ada hati dan perasaan cuma wajib bersikap profesional ketika menjalankan tugas dan ada kalanya melatah...

P/S : Ilmu yang dipelajari (IPD) diterapkan dan digunakan sebaiknya di sekolah

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...