Friday, March 25, 2011

FB Like button kena letak macam nie...

OK..nie first time aku kongsi tutorial tok edit2 blog korang..nie pun aku belajar dan cari2 pada blog2 orang lain...jangan risau.aku akan nyatakan sumber dari mana...

Camner nak letak FB like button pada bawah post anda?

aku share link je la ngan korang yer...nanti korang belajar kat situ..



P/S : Nanti aku dah tahu pasal coding..aku kongsi ngan korang yer..hope korang dapat manfaat yer...adios...

Solat Jumaat Tak ?

Punch card dlu...( gambar hiasan)

Assalamualaikum w.b.t kepada semua...

Kebiasaan kat negara kita ada sekolah sesi pagi dan petang...tapi kat sni aku nak cite skit klau pasal sekolah sesi petang klau hari jumaat...

Hari selain jumaat ( Isnin - Khamis ) start skolah pukul 12.40. Kalau jumaat pun sama tapi start P&P pukul 2.10 p.m....Sampai2 je punch kad dlu...takde punch kad tulis dalam buku asalkan ada rekod kehadiran kan?

Citenyer...
Jadi kadang2 tue aku tgk ada bebudak nie, yang darjah 3 terutamanya tak pg solat jumaat sebab parents hantar awal lagi ke sekolah...Bila fikir...takpe diorang kecil lagi..tapi pk punye pk...tengok2 punye tgk...rasa something jugakla..sebab apa?

Sebab masa dari kecil la kite kena bentuk bebudak tok pg solat jumaat...lagi satu dapat latih diorg solat berjemaah..Selalu jugak aku ajak2 diorang pg solat skali...tapi naik moto jer..nak bawak reramai tak ble plak...

Masa solat tue jangan bersembang yer adik-adik : )
( sumber : upin ipin les copaque)

So, aku ada terfikir jugak apakata pada hari jumaat,
sekolah sesi petang dimulakan pada 2.30 ptg...

Lagi satu apakata hari persekolahan ditukar dari Isnin-Jumaat kepada Ahad-Khamis...iye dok?

Ini hanyalah cebisan dan cetusan fikiran aku saja....klau ble jadi realiti alangkah bagusnya...

P/S : Yang besar jangan tak pg pulak solat jumaat yer...ingat..solat tiang agama....

Wednesday, March 23, 2011

JOM KONGSI : Buli @ Buli Balik ???


Mangsa dikejar pemangsa...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Mesti korang akan ingat aku pelik kenapa aku letak gambar harimau memburu rusa? Apa kaitannya dengan buli kan?

Ok...mengikut hukum alam yang mana kuat dan berkuasa dialah yang akan hidup dan yang lemah akan mati dan dimakan. Tapi adakah kita sebagai manusia sama dengan mereka?

Jawapan : Tidak sama sekali sebab kita mempunyai undang-undang yang mesti dipatuhi yang melindungi sesiapa yang teraniaya.

Sini aku nak share ngan korang pasal kes buli.

Buli? memang best..sape yang tak best buli orang kan? sebab ape best? sebab kita rasa seronok kerana mangsa buli tidak melawan dan kita rasa kitalah kuat, kitalah juara. Semua mata melihat akan kehebatan kita.

Sebagai guru di sekolah apa peranan kita bila berhadapan dengan situasi buli ini? Kekadang tue sebagai guru kita terlepas pandang akan kes-kes buli kecil seperti mengetuk kotak pensil ke kepala kawan, merampas tempat duduk kawan, mengetawakan murid yang lemah. Ada korang ambil perhatian benda2 macam nie?

Mangsa buli boleh menjadi murung jika tidak diatasi lebih awal ( gambar contoh)


Jangan nanti, korang sebagai guru terkejut satu hari nanti ada murid2 korang walaupun masih sekolah rendah sudah mahu bunuh diri sebab tekanan dibuli. Kita sebagai guru, tidak kira di sekolah atau di institusi pendidikan harus peka akan keadaan ini.

Apa yang korang boleh buat?

Bagi aku...kekadang tue cara dan kaedah kita mendidik disalah anggap membuli..jadi sebagi guru kita hendaklah sentiasa berhati-hati.

Apa yang aku rasa, Tuhan itu Maha Adil. Hidup bagaikan roda. kekadang kita berada diatas..adakala dibawah. Ingat!!! Jika anda pembuli...anda mungkin akan dibuli pada kemudian hari...


Tuesday, March 22, 2011

JOM KONGSI : Petua hilangkan bau kambing

Mbeekkkk!!!!

Assalamualaikum w.b.t to all...

Cuti sekolah aritue aku balik kampung. Aku tau korang semua pun balik kampung kan? Apa nak kecoh..tapi kat sni aku nak kongsi skit tips dari nenek saudara aku MACAM MANA NAK HILANGKAN BAU KAMBING semasa memasak gulai kambing.

Sebelum itu aku nak story skit...gulai kambing tue dibuat bersempena kenduri doa selamat nenek aku sebab dia bernazar. Jadi aku sebagai tenaga kerja sukarela mengacau gulai kambing untuk santapan para jemaah solat hajat dan juga jemputan. Bukan sekejap nak lembutkan daging kambing nie kekawan. Kena banyak bersabar dan ikhlaskan hati sebab kita masak untuk tetamu.

Kije jadi senang bile dibuat bersama-sama. Thanks to my wife kerana menolong sekali..Ok aku dah melalut panjang.

Ini adalah petua nenek saudara aku, terpulang pada korang nak terima macam mana. Ketika mengacau gulai kambing itu, pak sedara ku telah memasukkan SEBOTOL BUDU ke dalam gulai kambing yang dikacau oleh aku.

Rasenyer? memang sedap dan ada umpphhh....

P/S : Amaran...sape ada darah tinggi kurangkan makan kambing..hehehe...

Inilah hasilnya...hehhe...sedap...

Tuesday, March 8, 2011

JOM KONGSI : Motivasi ke Motibasi ???

Dalam Jom Kongsi ini, aku ingin kongsikan tentang motivasi. Kalau korang diminta untuk memberi motivasi, apakah yang akan korang akan buat?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat : Motivasi adalah keinginan yg keras atau semangat yg kuat pd diri seseorang yg mendorongnya utk berusaha atau melakukan sesuatu dgn tujuan utk mencapai kejayaan.

So, aku aktifkan pemikiran diorang dengan bertanyakkan apa kemahuan mereka. Bila aku dah dapat tahu apa keinginan murid, aku terus memberi kata-kata semangat dan dorongan. Mereka perlu disuntik dengan sesuatu yang segar dan realia (bawak bukti kejayaan seperti result, sijil atau seumpanya) semasa sesi motivasi.

Memberi motivasi adalah sama dengan sesi P&P, dimana korang kena sediakan rancangan @ plan untuk bercakap. Jika terlalu blur, korang boleh kongsikan pengalaman dan kejayaan korang. Ceritakan bagaimana korang dapat sampai ke tahap sekarang. Murid memang berminat untuk mendengarnya. Tetapi pastikan korang selitkan unsur humor dalam percakapan.

Pembabitan murid di dalam sesi motivasi. Seperti juga dalam sesi P&P, kita digalakkan untuk membuat student centered. Kenapa? sebab nak elakkan murid bosan @ tertidur dan buat bising.

Akhir sekali, selitkan kata2 hikmah yang akan buatkan murid ingat sesi motivasi yang diberi. Contohnya, Bukan susah nak susah, Bukan senang nak senang.

Ingat!!!...jadikan sesi motivasi anda bermakna, jangan hanya omong-omong kosong. Pastikan tercapai motivasi anda jangan sampai jadi Motibasi.

p/s : Kalau boleh pasang lagu yang sesuai untuk penutup ( Faizal Tahir : Gemuruh )


Rakan guru : Azizul sedang memberi motivasi


Perlu memotivasikan diri sebelum memotivasikan orang lain. : )




Saturday, March 5, 2011

JOM JALAN : TBS-Terminal Bersatu Selatan

Hello semua...apa khabar? harap semua sihat di samping keluarga. Post aku kali nie dibuat dari Kg. isteri aku di Segamat. So, kali ni aku nak kongsi perjalanan aku dari Pantai Dalam ke Terminal Bersatu Selatan atau di TBS.

Korang semua boleh tengok gambar di bawah yang aku capture sepanjang perjalanan aku ke TBS.

p/s : buat pengetahuan semua, TBS adalah untuk perjalanan ke Selatan tanah air sahaja.



Dari KL sentral ke Stesen Bandar Tasik Selatan (tiket RM1.00)


Pastikan anda berada pada platform menghala ke Seremban


Sampai ke Bandar Tasik Selatan lebih kurang 10 minit


Pemandangan dari jejantas menghala ke TBS. TBS hanya bertentangan dengan stesen Bandar Tasik Selatan.


Parking motor


Pintu masuk


Paparan terkini ketibaan dan perlepasan bas ( macam airport kan)


Kaunter belian tiket ( sangat teratur )


Tempat menunggu bas Transnasional


Hope you guys will get a picture how is the TBS...untill next time guys..see ya...

p/s : jangan lupa komen yer...


























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...