Tuesday, March 8, 2011

JOM KONGSI : Motivasi ke Motibasi ???

Dalam Jom Kongsi ini, aku ingin kongsikan tentang motivasi. Kalau korang diminta untuk memberi motivasi, apakah yang akan korang akan buat?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat : Motivasi adalah keinginan yg keras atau semangat yg kuat pd diri seseorang yg mendorongnya utk berusaha atau melakukan sesuatu dgn tujuan utk mencapai kejayaan.

So, aku aktifkan pemikiran diorang dengan bertanyakkan apa kemahuan mereka. Bila aku dah dapat tahu apa keinginan murid, aku terus memberi kata-kata semangat dan dorongan. Mereka perlu disuntik dengan sesuatu yang segar dan realia (bawak bukti kejayaan seperti result, sijil atau seumpanya) semasa sesi motivasi.

Memberi motivasi adalah sama dengan sesi P&P, dimana korang kena sediakan rancangan @ plan untuk bercakap. Jika terlalu blur, korang boleh kongsikan pengalaman dan kejayaan korang. Ceritakan bagaimana korang dapat sampai ke tahap sekarang. Murid memang berminat untuk mendengarnya. Tetapi pastikan korang selitkan unsur humor dalam percakapan.

Pembabitan murid di dalam sesi motivasi. Seperti juga dalam sesi P&P, kita digalakkan untuk membuat student centered. Kenapa? sebab nak elakkan murid bosan @ tertidur dan buat bising.

Akhir sekali, selitkan kata2 hikmah yang akan buatkan murid ingat sesi motivasi yang diberi. Contohnya, Bukan susah nak susah, Bukan senang nak senang.

Ingat!!!...jadikan sesi motivasi anda bermakna, jangan hanya omong-omong kosong. Pastikan tercapai motivasi anda jangan sampai jadi Motibasi.

p/s : Kalau boleh pasang lagu yang sesuai untuk penutup ( Faizal Tahir : Gemuruh )


Rakan guru : Azizul sedang memberi motivasi


Perlu memotivasikan diri sebelum memotivasikan orang lain. : )




5 komen:

farah said...

tapi nape ending mesti lagu faizal tahir????dipasang muzik atau dinyayikan secara live????

izzad said...

jika anda yakin untuk menyanyi secara live...apa salahnya mencuba...cara tue dapat menarik perhatian murid2

finaz said...

sbb lagu faizal tahir yg 2 muzik die membaka semangat..hehe...

Ashr said...

mmm..lagu tu dh byk kali dipasang tiap2 kali prog. motivasi, kene tuka lagu lain..kalo dulu lagu ella..kene perbanyakkan cara la kn

izzad said...

kalau tak diakhiri dengan lagu pun ok..buat selawat ke....bersalam-salaman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...