Wednesday, March 30, 2011

Skill Komunikasi




Assalamualaikum w.b.t...

Komunikasi adalah salah satu aspek yang penting dalam kehidupan individu. Kenapa ia sangat penting? sebab dengan komunikasi kita dapat sampaikan maklumat...membeli barang...mengajar serta belajar dan banyak lagi...korang berkomunikasi untuk ape?

Tapi dalam kita sedar dan tidak sedar bahawa komunikasi ini ada caranya. Kenapa perlu cara yang betul?

Menang-Menang...Sape nak kalahkan?

Sebab....untuk mendapatkan win-win situation. Kenapa aku cakap win-win situation? sebab kita tidak mahu win-lose @ lose-win kerana ia akan membuatkan sebelah pihak tidak berpuas hati..Yang paling penting..setiap individu adalah unik..

Jadi aku nak berkongsi sikit ape yang aku tahu dari pengalaman aku..

Bos - pekerja :
Pernah dengar "bos mesti nak betul je" ...ada tak? Realiti memang macam tue jadi sebagai pekerja kita mesti bijak berkomunikasi dengan bos. Jangan sesekali menentang pendapat bos..TERIMA dan ULAS balik idea kita dengan bijak tanpa menampakkan penentangan.

Kawan dengan kawan
Dalam situasi ini pernah ada orang cakap..ko je nak betul...amikla..ko memang semua betul..takde yang salah...jadi dalam berkawan kita mesti memahami hati budi masing2..jangan sebab dah terlalu rapat sampai kita mengabaikan perasaan kawan tanpa mengambil kira pendapatnya..

Ibu bapa dan anak
Bagi peluang kepada anak-anak untuk bersuara..kemungkinan idea mereka tanpa kita sedari amat bernas..anak2 zaman sekarang kan dah advance..semua dah bawak hp ke sekolah...Anak2 pulak jangan asyik menentang ibu bapa sebab mereka yang penat lelah membesarkan kita.

Suami-isteri
Berbincanglah jika ada masalah.Jangan terus bercakap kasar.Jangan anggap kita sebagai suami kitalah yang berkuasa. Salah satu pihak mesti mengalah jika tidak mahu keadaan menjadi lebih teruk..Buang EGO masing2.

Lagi? korang tambah sendiri yer dalam komen...


Bersalam lah anda.

Ok..tapi kita sebagai manusia tidak lari dalam melakukan kesilapan...ada yang terlepas cakap..aku sendiri pun ada terlepas cakap..jadi cepat2 lah hulurkan tangan bersalaman dan ucapkan maaf yang ikhlas dari hati..sekeras-keras mana pun hati manusia jika menerima sesuatu yang ikhlas (minta maaf) akan terbuka lah hatinya...orang yang memaafi orang lain lebih baik dari yang meminta maaf...

P/S : Skang nie kan dah banyak medium...gune je sms, mms, email, facebook @ seangakatan dengannya untuk minta maaf...

Disini juga aku ingin memohon sepuluh jari jika ada melakukan kesalahan tidak kira sama ada aku sedar @ pun tidak. Aku hanyalah insan yang biasa. MINTA MAAF...I'M SORRY...Harap semua dapat maafkan saya..




2 komen:

Fazil Hamid said...

ikut resmi padi...
makin berisi makin tunduk...
pasti semuanya akn lancar...
dan org akn hormat...

izzad said...

tapi mase bile kita nak "dongak"?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...