Tuesday, April 5, 2011

Warung Keropok Lekor 007

Assalamualaikum w.b.t,

Dah lame aku tak share ngan korang pasal tempat makan yang baru...
Jadi kali nie aku nak share ngan korang kedai keropok lekor yang aku selalu singgah bile balik kelantan ikut Terengganu.

Nama kedai, Warung Keropok Lekor 007 ( macam james bond la plak kan).
Tapi memang kat Terengganu diorang labelkan kedai diorang dengan nombor camtue...

Lokasinya berdekatan dengan Masjid Kuala Ibai ( masjid atas air kat KT tue )..dalam 10 minit dari Kuala Terengganu.

Korang bolehla usha2 gambar yang aku capture nie yer...


Kalau korang nak singgah...kasi tengok betol2 signboard dier yer...


Tengok die punyer nama...tapi bukan James Bond yang tengah buat Keropok tue...:)

Inilah rupe bentuk keropok lekor rebus lepas tue digoreng terus...garing dan fresh btol..isi ikan yang digunakan pun banyak...mesti korang dah kecur air liurkan : )

Penat dok tulis nie....jadi aku makan le dlu yer...nyumm..nyum...tak cukup sepinggan tau...
Harga dier RM 1.00 = 6
Yang rebus pun ada kalau korang nak bungkus bawak balik...



P/S : Tempat faveret wajib singgah kalau balik kelate...dah terasa nak makan dah skang..macam mengidam la plak...

Hah apa lagi..klau dah suke tue...tekan je button like kat bawah k... : )

Cherating Sepoi-Sepoi Bahasa


Pantai cherating seriuosly cantik

Weekend haritu aku ada jalan2 tempat2 menarik...so kat sni aku nak share ngan korang salah satu tempatnyer...

Cherating...
Tujuan nye nak walk in tapi penuh plak semua tempat sebab mase tue school holiday..

Korang boleh la tengok2 gambar yang aku amik nie yer...

Sorry kekawan...
Aku tak ble nak review tempat kat Cherating sangat sebab tak dapat nak stay kat situ..

Actually banyak hotel ngan chalet2 yang ada kat Cherating nie...
tapi sebab aku walk in dan budget pun ciput jadi tak dapat nak stay kat situ (school holiday rates mahal skit)
so, aku pgla chalet yang agak2 affordable
Tapi semua penuh gak... : (

Last2 stay kat Chukai

Hotel 3 star..dalaman sangat kemas dan selesa..harga berpatutan..tak silap aku dalam RM 89

P/S : Sesape yang ingin makan angin di situ tempah awal2..yer...

Monday, April 4, 2011

Mari Join Segmen Blog Review oleh Cik Aish

Best kan ada blog ?
tapi korang rasa ok ke blog korang klau takde orang bagi comment @ review.
Jadi kat sini aku nak share skit kepada new blogger macam aku nie...
yang rase nak improvekan blog masing2...boley try benda nie..


Banner pemilik entry


tarikh tutup : 8 April 2011

Camner nak buat ? Klik je sini k.

Good luck guys...

Gurauan FB

Pada satu hari yang tenang :

A : Ko tau tak macam mane nak delete kawan dalam friend list?
B : Tau..
A : Boleh tunjukkan kat aku tak?
B : Boleh ( sambil tunjukkan cara nak delete friend dalam FB).
A : Oooo...macam tue ke? Senang jer rupenyer yer...

A terus mencuba apa yang diajar oleh B dengan tersenyum.

B : Boleh aku tau ko nak delete sape?
A : Aku nak delete ko la...
B : Nyesal aku ajar...(sambil menepuk dahi)


Meow..meow..meow..(Hehehehe...)

P/S : Tanye dulu sebelum nak tolong orang yer..nanti diri sendiri yang terkena..hehehe

Wednesday, March 30, 2011

Skill Komunikasi




Assalamualaikum w.b.t...

Komunikasi adalah salah satu aspek yang penting dalam kehidupan individu. Kenapa ia sangat penting? sebab dengan komunikasi kita dapat sampaikan maklumat...membeli barang...mengajar serta belajar dan banyak lagi...korang berkomunikasi untuk ape?

Tapi dalam kita sedar dan tidak sedar bahawa komunikasi ini ada caranya. Kenapa perlu cara yang betul?

Menang-Menang...Sape nak kalahkan?

Sebab....untuk mendapatkan win-win situation. Kenapa aku cakap win-win situation? sebab kita tidak mahu win-lose @ lose-win kerana ia akan membuatkan sebelah pihak tidak berpuas hati..Yang paling penting..setiap individu adalah unik..

Jadi aku nak berkongsi sikit ape yang aku tahu dari pengalaman aku..

Bos - pekerja :
Pernah dengar "bos mesti nak betul je" ...ada tak? Realiti memang macam tue jadi sebagai pekerja kita mesti bijak berkomunikasi dengan bos. Jangan sesekali menentang pendapat bos..TERIMA dan ULAS balik idea kita dengan bijak tanpa menampakkan penentangan.

Kawan dengan kawan
Dalam situasi ini pernah ada orang cakap..ko je nak betul...amikla..ko memang semua betul..takde yang salah...jadi dalam berkawan kita mesti memahami hati budi masing2..jangan sebab dah terlalu rapat sampai kita mengabaikan perasaan kawan tanpa mengambil kira pendapatnya..

Ibu bapa dan anak
Bagi peluang kepada anak-anak untuk bersuara..kemungkinan idea mereka tanpa kita sedari amat bernas..anak2 zaman sekarang kan dah advance..semua dah bawak hp ke sekolah...Anak2 pulak jangan asyik menentang ibu bapa sebab mereka yang penat lelah membesarkan kita.

Suami-isteri
Berbincanglah jika ada masalah.Jangan terus bercakap kasar.Jangan anggap kita sebagai suami kitalah yang berkuasa. Salah satu pihak mesti mengalah jika tidak mahu keadaan menjadi lebih teruk..Buang EGO masing2.

Lagi? korang tambah sendiri yer dalam komen...


Bersalam lah anda.

Ok..tapi kita sebagai manusia tidak lari dalam melakukan kesilapan...ada yang terlepas cakap..aku sendiri pun ada terlepas cakap..jadi cepat2 lah hulurkan tangan bersalaman dan ucapkan maaf yang ikhlas dari hati..sekeras-keras mana pun hati manusia jika menerima sesuatu yang ikhlas (minta maaf) akan terbuka lah hatinya...orang yang memaafi orang lain lebih baik dari yang meminta maaf...

P/S : Skang nie kan dah banyak medium...gune je sms, mms, email, facebook @ seangakatan dengannya untuk minta maaf...

Disini juga aku ingin memohon sepuluh jari jika ada melakukan kesalahan tidak kira sama ada aku sedar @ pun tidak. Aku hanyalah insan yang biasa. MINTA MAAF...I'M SORRY...Harap semua dapat maafkan saya..




Sunday, March 27, 2011

2 pompuan Afrika

Situasi : Dalam bas dari KL ke Segamat

Afrika women : %^&*&(^&%$%&&&&^% ( dalam bahasa Afrika + English )
Aku : Arghhh...(terjaga dari tidor)
Afrika women : &%^%$#@(@Y& ( still borak dengan kuat )
Aku : Can you lower your voice please? ( dengan lembut)
Afrika women : Tunjukkan tangan "stop" kat aku tanda paham.

Diam seketika

Afrika women : ^%**%^& ( sambung borak dan gelak dengan kuat )
Aku : Di0rang nie tak paham bahasa agaknya ( dalam hati sambil patah-patahkan jari tok tunjukkan tanda amaran)

Afrika women still borak ngan kuat. Aku tukar seat ke depan sebab malas dah nak marah2

Sampai di Segamat

Afrika women cepat2 pg ke depan nak trun dari bas dengan muka gelabah.

Afrika women : Where are we know ?
Driver : Segamat. Why?
Afrika women : Huh!!! We should be at Malacca. OMG!!! ( terus turun mencari teksi tok pg
Malacca )
Aku : HAHAHAH...(gelak dalam hati )

Moral of the story : Please respect others if you want to be respected...dalam BM...hormati orang lain bila menaiki pengangkutan awam...

P/S : kalau diorang senyap bila aku tegur tue maybe aku tergerak hati gak nak tolong...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...